Saturday 31 August 2013

Penghayatan Kemerdekaan


Aktiviti semperna Penghayatan Kemerdekaan;

1) Menceritakan latar belakang dan sejarah kemerdekaan dengan cara mudah difahami dan menarik perhatian. (Dalam gambar di atas, Cikgu Bi sedang bercerita, anak-anak dengar dengan penuh minat dan khusyuk).



2) Mewarna tanjak hari kemerdekaan. Setelah selesai mewarna, pelajar dibantu oleh guru-guru untuk gunting, dan jadikan bentuk tanjak. ^_^


Anak merdeka alaf baru

siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAIN