Saturday 15 December 2012

Tip: Menghantar Isyarat Kasih Sayang (Bahagian 1)

Assalamualaikum buat ibu bapa yang disayangi Allah. Selamat sejahtera.

Antara elemen yang penting dalam membentuk, dan mendidik anak-anak adalah kasih sayang.  Sejak dalam kandungan, amat penting untuk menyalurkan elemen kasih sayang kepada anak-anak. Kasih sayang terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya;

   1. Kasih sayang kepada Allah dan Rasul
   2. Kasih sayang kepada ibu bapa, dan keluarga
   3. Kasih sayang kepada agama, dan ilmu
   4. Kasih sayang kepada orang di sekeliling



Bentuk dan didiklah anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul sejak mereka berada dalam kandungan lagi.  Bagaimana caranya?  Amalkan bacaan al-Quran, alunkan zikir-zikir, perdengarkan selawat, dan bacalah kisah-kisah tentang Rasul.  Jauhkan diri daripada meihat sesuatu yang tidak elok.  Kawal percakapan, kawal pendengaran,  dan kawallah perbuatan kita.  Percayalah, pendidikan anak-anak bermula ketika mereka berada di dalam rahim lagi.

Antara surah yang boleh diamalkan ketika mengandung;

  1. Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan
  2. Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar & taat
  3. Surah Luqman - untuk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
  4. Surah Yusuf - untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlaknya
  5. Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati
  6. Surah Yaasin - untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Surah at-Taubah - untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat
  8. Surah an-Nahl - untuk melahir anak yang berdisiplin

sumber : Buku Amalan Ibu Mengandung Menurut al-Quran, as-Sunnah & Pengalaman


   Hantarlah isyarat untuk anak-anak dalam kandungan untuk mencintai Allah dan Rasul. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah.  Jumpa lagi di bahagian 2 nanti. InsyaAllah :)








Monday 3 December 2012

Tips: Mereka suka belajar


Assalamualaikum sahabat-sahabat ;)
Selalunya bukan mudah bukan nak minta anak-anak kecil belajar.  Sekurang-kurangnya lebih susah daripada suruh mereka bermain permainan komputer,  atau menonton televisyen.  Kita dulu pun kadang-kadang ada sedikit liat bila di suruh belajar.   Jadi macam mana nak buatkan mereka suka dan seronok untuk belajar?


 1.  Tempat

* Sediakan tempat belajar yang selesa supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada apa yang dipelajari
* Elakkan gangguan bunyi,  dan gangguan lain yang boleh menyebabkan terganggu tumpuan mereka.
* Kalau ada ruang khas untuk belajar itu lebih baik,  ceriakan tempat belajar dengan hiasan ringkas.

Keterangan gambar:  Tempat yang saya sediakan untuk anak-anak buah belajar.
Terutamanya untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ni.  Ruang ini merupakan
tempat makan dapur ke-2 yang tidak digunakan. Belum sempat dicat. InsyaAllah
sebolehnya akan dicat dengan cat warna aqua . Segar sikit nak belajar.
2. Kelengkapan



* Sediakan kelengkapan asas yang secukupnya untuk memudahkan mereka belajar terutamanya alat tulis.
* Tak perlu mahal,  tapi biarlah semuanya cukup dan sederhana.
* Sambil-sambil itu,  bolehlah menerapkan nilai tanggungjawab menjaga barang sendiri.



3.  Suasana


*  Setiap hari,  perlu kreatif untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan.  Jadi tidaklah mereka rasa aktiviti belajar sesuatu yang terlalu rutin dan membosankan.
*  Kadang-kadang saya akan buat kuiz  dalam waktu mereka belajar.  Setiap orang akan diberikan markah,  dan dikumpulkan sehingga keputusan ujian@ peperiksaan dikeluarkan.  Itu motivasi untuk mereka belajar lebih daripada orang lain.
*  Ubah-ubah jadual.  Contohnya kalau hari ini, bermula selepas Isyak dengan matapelajaran Sains,  esoknya mulakan dengan matapelajaran Matematik pula.
* Kaitkan matapelajaran dengan persekitaran.  Berceritalah kepada anak-anak dan kaitkan apa yang mereka sedang belajar,  dengan alam sekeliling.  Contohnya,  sekarang ini ada 5 biji oren dan kita ada 10 orang,  berapa potong oren yang diperolehi setiap orang.  Buat aktiviti tersebut,  dan kaitkan dengan tambah,  tolak,  darab,  dan bahagi.

4.  Sokongan



* Luangkan masa untuk bersama-sama mereka semasa mereka sedang belajar.
* Cuba untuk berada di sisi mereka ketika mereka memerlukan bantuan berkaitan sesuatu yang mereka tidak fahami.
*  Sokongan kita memberikan mereka semangat untuk belajar dengan tekun dan penuh minat.


5.  Galakan

(i)  Galakkan minat belajar seawal usia 1 tahun


* Biarkan mereka membiasakan diri dengan pensil dan kertas.  Biarpun sekadar contengan di kertas putih,  itu adalah permulaan yang baik untuk mereka.

* Biasakan mereka dengan buku-buku,  perkara biasa apabila mereka mengoyakkan buku dalam usia mereka.  Beli buku yang murah.  Lama kelamaan mereka akan faham,  dan berdisiplin untuk menjaga buku mereka.  (Practice make Perfect).

(ii)  Sediakan kemudahan untuk menggalakkan mereka belajar





Walau apa pun usaha yang kita lakukan untuk membuatkan mereka seronok untuk belajar,  selalulah ingatkan mereka bahawa " Usaha itu jauh lebih penting daripada hasilnya."

Janganlah kita bunuh kegembiraan zaman kanak-kanak mereka untuk memberikan kepuasan dan mendatangkan pujian kepada kita di atas kecemerlangan mereka.

Seimbangkanlah antara akademik,  rohaniah,  riadah,  dan sosial anak-anak ini.  InsyaAllah kecemerlangan akan datang dengan kegembiraan mereka.

Disediakan oleh:
  Siti Nurhayati Binti Dollah. Artikel diambil daripada blog missyati.com.

Saturday 1 December 2012

Tip: Mendidik Kanak-kanak



1. Komunikasi
Dalam banyak perkara,  komunikasi merupakan salah satu perkara yang sangat penting.  Jadi,  sangat perlu untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak.

Kenapa komunikasi penting?
(i) Mengetahui apa yang diperlukan oleh kanak-kanak
(ii) Memahami apa yang mengembirakan,  dan yang tidak mengembirkan kanak-kanak
(iii) Memudahkan penyampaian kehendak antara orang dewasa dan kanak-kanak.

Bagaimana untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak?
(i) Gunakan bahasa yang mudah dan dapat difahami oleh mereka
(ii) Beri kanak-kanak peluang untuk menyatakan pendapat,  dan apa yang mereka rasa
(ii) Selalu bertanya,  dan bercakap dengan kanak-kanak
(iv) Luangkan masa,  dan gunakan masa bersama kanak-kanak untuk mengetahui apa yang mahu disampaikan oleh kanak-kanak.


2. Positif
* Mendidik kanak-kanak memerlukan sikap yang positif,  pandangan yang positif,  dan kemahiran melihat kesalahan kanak-kanak dalam bentuk yang positif.
*  Tukarkan perkataan negatif ketika sedang marah kepada perkataaan yang positif, contohnya;
" Kenapa susah sangat nak belajar ni?  Kenapa jadi malas macam ni? Tak nak berjaya ke?"  ( negatif )
" Cikgu tahu Akiff rajin.  Jadi Akiff perlu sentiasa rajin.  InsyaAllah, orang yang rajin akan berjaya" ( positif)
* Perlu sentiasa positif walaupun usaha demi usaha untuk mendidik dan mendisiplin kanak-kanak kelihatan sangat sukar. Selalulah terus mencuba, cuba, dan cuba tanpa jemu.

3. Sabar
* Sifat sabar sangat penting ketika mendidik kanak-kanak.  Mereka masih tidak mengerti,  kadang-kala sukar untuk membuatkan mereka faham tentang sesuatu.  Jadi,  bersabarlah ketika proses memberikan penerangan kepada mereka.
* Ketika sedang penat,  dan marah,  cuba tenangkan diri terlebih dahulu.  Tinggalkan seketika tempat itu,  dan apabila sudah tenang dan rasional,  terangkan dan fahamkan kanak-kanak tentang sebab,  dan akibat yang mereka lakukan.
* Bersabarlah dalam mendidik kanak-kanak.  Tidak semestinya hari ini diajar,  mereka sudah boleh memahami.  Proses pembelajaran,  dan pendidikan kanak-kanak mengambil masa serta memerlukan kesabaran.

4. Mendengar
* Jadilah pendengar yang baik kepada kanak-kanak
* Dengari apa yang mereka rasa,  apa yang mereka perlukan,  dan apa yang mereka suka serta sebaliknya.
* Beri perhatian semasa kanak-kanak bercerita,  dan meluahkan perasaan.

5. Masa
* Bijak memilih,  dan menggunakan masa yang terluang bersama kanak-kanak.
* Ambil masa untuk bermain,  dan melakukan aktiviti dengan kanak-kanak.  Banyak yang boleh kita fahami dan belajar ketika bersama-sama mereka ketika bermain dan beraktiviti.
* Masa sebelum tidur merupakan masa yang sangat sesuai untuk membelai,  menasihati,  dan menitipkan kata-kata semangat kepada kanak-kanak.

Disediakan oleh:  
Siti Nurhayati Binti Dollah diambil daripada artikel asal di blog missyati.com

Friday 30 November 2012

Majlis Konvokesyen kali ke-5

Alhamdulillah,  Majlis Konvokesyen Tadika IQ Abrar telah pun selamat dijalankan pada 3 November 2012, berlangsung di Hotel Riverview, Kota Bharu,  Kelantan. Terima kasih kepada tetamu kehormat,  ibu bapa, wartawan Sinar Harian, dan semua tetamu yang hadir pada hari tersebut.





















Saturday 15 September 2012

Hari Keluarga dan Sukan

IQ Abrar telah menganjurkan Hari Keluarga dan Hari Sukan IQ Abrar 2012.  Alhamdulillah, sambutan yang mengalakkan daripada ibu bapa. Kami di IQ Abrar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian ibu bapa melibatkan diri dalam aktiviti yang kami anjurkan.

                                                   Tarikh:  15 September 2012

Tempat:  Ridhwan Chalet Pantai Melawi
                                                    Masa: 8.15 Pagi - 1 Tengah hari