Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

Majlis Konvokesyen & Jamuan Akhir Tahun 2014

Alhamdulillah, dengan izin-Nya Majlis Konvokesyen & Jamuan Akhir Tahun 2014 dapat dijalankan. Musim hujan. Tapi Allah beri keizinan untuk kami semua berada dalam majlis, dan meneruskan sehingga selesai. Alhamdulillah. Terima kasih buat ibu bapa/ penjaga, guru-guru, pendidik, dan tetamu-tetamu kami. Buat Pengusaha/ Pengerusi Taska & Tadika IQ Abrar, terima kasih dan tahniah atas usaha dan tunjuk ajar memimpin kami, para guru dan pendidik. 

Tarikh: 15/11/2014 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi- 1 petang
Tempat: Di Tunjong Banquet, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Perasmi: Yang Berusaha Puan Pn Hjh Siti Norina Muhamad (Ketua Unit, Sektor Pendidikan Swasta)






Friday, 10 January 2014

Gelagat Minggu Suai Kenal

Alhamdulillah, minggu orientasi @ minggu suai kenal Tadika IQ Abrar sudah pun selesai. Syukur, tahun ini antara tahun yang anak-anak baru kami mudah dipujuk. Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga di atas kepercayaan kepada kami. Doakan kejayaan, serta kecemerlangan anak-anak kita di dunia dan di akhirat.




Monday, 2 December 2013

Save the date for Tadika IQ Abrar registration day

Assalamualaikum ibu bapa/ penjaga yang dikasihi. 

Jom berjanji temu dengan kami untuk sessi pendaftaran sessi 2014 Tadika IQ Abrar. 



Sila bawa bersama dokumen yang berikut semasa sessi pendaftaran.



Salinan Sijil lahir@ mykid anak yang didaftarkan

 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/ penjaga

Salinan sijil lahir@my kid atau kad pengenalan tanggungan kepada ibu bapa/ penjaga pelajar.

Salinan slip gaji ibu bapa/ penjaga

 Sekeping gambar berukuran passport ibu bapa/ penjaga

Tiga (3) keping gambar berukuran passport pelajar yang didaftar

Saturday, 31 August 2013

Penghayatan Kemerdekaan


Aktiviti semperna Penghayatan Kemerdekaan;

1) Menceritakan latar belakang dan sejarah kemerdekaan dengan cara mudah difahami dan menarik perhatian. (Dalam gambar di atas, Cikgu Bi sedang bercerita, anak-anak dengar dengan penuh minat dan khusyuk).



2) Mewarna tanjak hari kemerdekaan. Setelah selesai mewarna, pelajar dibantu oleh guru-guru untuk gunting, dan jadikan bentuk tanjak. ^_^


Anak merdeka alaf baru

siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAIN


Friday, 28 June 2013

Hari Sukan IQ Abrar 2013 (bahagian 1)

                                       Tarikh: 22 Jun 2013
                                       Masa: 9 pagi hingga 1 Petang
                                       Tempat: Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan


Pihak Tadika IQ Abrar merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian ibu bapa hadir ke acara Hari Sukan IQ Abrar 2013.  Terima kasih kepada pihak pengurusan Taman Tengku Anis, dan kakitangan yang menjayakan acara sukan. Jumpa lagi tahun depan. 


Bermacam ragam dan telatah anak-anak Tadika IQ Abrar dapat disaksikan pada Hari Sukan tersebut. Alhamdulillah, kesemua acara yang dirancang dapat dijalankan. Jom saksikan telatah mereka dalam gambar-gambar di bawah ;-)

Wednesday, 19 June 2013

Hari Sukan Tadika IQ Abrar

Makluman kepada semua ibu bapa/ penjaga pelajar Tadika IQ Abrar


Tadika IQ Abrar akan mengadakan Hari Sukan 2013. Semua ibu bapa/ penjaga pelajar 4- 6 Tahun Tadika IQ Abrar dijemput hadir. Butiran adalah seperti berikut;

Tarikh  : 22 Jun 2013
Masa   : 9 pagi - 1 petang
Tempat  : Padang Taman Tengku Anis.
Pakaian  : Baju:  Warna rumah sukan masing-masing yang dibekalkan pihak Tadika
                Seluar: Seluar sukan sekolah hitam hijau


Dimohon kerjasama ibu bapa/ penjaga untuk memastikan anak-anak memakai pakaian yang telah ditetapkan. Ibu bapa/ penjaga juga diminta untuk memastikan anak-anak dapat sampai awal ke tempat acara berlangsung bagi memastikan acara berjalan dengan lancar.

Terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan tuan/ puan.

Sekian.

KE ARAH GENERASI INTELEK SOLEH DAN BERWAWASAN”

Sunday, 26 May 2013

Lawatan Di Sekitar Kawasan Kejiranan Tadika

Minggu lepas sebelum cuti sekolah, anak-anak Tadika IQ Abrar dibawa melawat sekitar kejiranan tadika untuk melihat haiwan jinak.  Maklumlah, minggu lepas tema Haiwan Jinak. Pelajar 5 tahun dan 6 Tahun dibawa melihat kuda, arnab, ayam,  dan kura-kura.  Terima kasih kepada jiran-jiran kami yang membenarkan anak-anak kami melawat dan melihat haiwan-haiwan peliharaan :)



Tuesday, 12 March 2013

Perhimpunan Pagi

Antara gelagat anak-anak IQ Abrar semasa perhimpunan pagi :)













Friday, 30 November 2012

Majlis Konvokesyen kali ke-5

Alhamdulillah,  Majlis Konvokesyen Tadika IQ Abrar telah pun selamat dijalankan pada 3 November 2012, berlangsung di Hotel Riverview, Kota Bharu,  Kelantan. Terima kasih kepada tetamu kehormat,  ibu bapa, wartawan Sinar Harian, dan semua tetamu yang hadir pada hari tersebut.