Showing posts with label sambutan. Show all posts
Showing posts with label sambutan. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

Majlis Konvokesyen & Jamuan Akhir Tahun 2014

Alhamdulillah, dengan izin-Nya Majlis Konvokesyen & Jamuan Akhir Tahun 2014 dapat dijalankan. Musim hujan. Tapi Allah beri keizinan untuk kami semua berada dalam majlis, dan meneruskan sehingga selesai. Alhamdulillah. Terima kasih buat ibu bapa/ penjaga, guru-guru, pendidik, dan tetamu-tetamu kami. Buat Pengusaha/ Pengerusi Taska & Tadika IQ Abrar, terima kasih dan tahniah atas usaha dan tunjuk ajar memimpin kami, para guru dan pendidik. 

Tarikh: 15/11/2014 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi- 1 petang
Tempat: Di Tunjong Banquet, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Perasmi: Yang Berusaha Puan Pn Hjh Siti Norina Muhamad (Ketua Unit, Sektor Pendidikan Swasta)






Saturday, 31 August 2013

Penghayatan Kemerdekaan


Aktiviti semperna Penghayatan Kemerdekaan;

1) Menceritakan latar belakang dan sejarah kemerdekaan dengan cara mudah difahami dan menarik perhatian. (Dalam gambar di atas, Cikgu Bi sedang bercerita, anak-anak dengar dengan penuh minat dan khusyuk).



2) Mewarna tanjak hari kemerdekaan. Setelah selesai mewarna, pelajar dibantu oleh guru-guru untuk gunting, dan jadikan bentuk tanjak. ^_^


Anak merdeka alaf baru

siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAIN


Saturday, 11 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H bersamaan 2012M


Sambutan Maulidur Rasul 1433H telah diadakan pada 6 Februari 2012 ( Isnin) di Tadika IQ Abrar. Alhamdulillah, pihak tadika sangat berterima kasih dan berbesar hati dengan sambutan serta kerjasama daripada ibu bapa.  Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbangkan makanan pada hari tersebut. 


Mengisi bunga rampai


Sumbangan Ibu Bapa





Bersiap-sedia sebelum perarakan.