Showing posts with label tema. Show all posts
Showing posts with label tema. Show all posts

Saturday, 31 August 2013

Penghayatan Kemerdekaan


Aktiviti semperna Penghayatan Kemerdekaan;

1) Menceritakan latar belakang dan sejarah kemerdekaan dengan cara mudah difahami dan menarik perhatian. (Dalam gambar di atas, Cikgu Bi sedang bercerita, anak-anak dengar dengan penuh minat dan khusyuk).



2) Mewarna tanjak hari kemerdekaan. Setelah selesai mewarna, pelajar dibantu oleh guru-guru untuk gunting, dan jadikan bentuk tanjak. ^_^


Anak merdeka alaf baru

siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAIN


Sunday, 26 May 2013

Lawatan Di Sekitar Kawasan Kejiranan Tadika

Minggu lepas sebelum cuti sekolah, anak-anak Tadika IQ Abrar dibawa melawat sekitar kejiranan tadika untuk melihat haiwan jinak.  Maklumlah, minggu lepas tema Haiwan Jinak. Pelajar 5 tahun dan 6 Tahun dibawa melihat kuda, arnab, ayam,  dan kura-kura.  Terima kasih kepada jiran-jiran kami yang membenarkan anak-anak kami melawat dan melihat haiwan-haiwan peliharaan :)



Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru Buat Guru-Guru dan Pendidik
Taska dan Tadika IQ Abrar

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru. :)





Kita Berbicara Tentang Inovasi

Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa

Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan
Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof

Tuesday, 14 May 2013

Tema Kenderaan Darat

Tema: Kenderaan Darat
Aktiviti:
Level 1: Mengunting, mewarna dan menampal bas sekolah
                               Level 2: Mewarna dan membuat binaan bentuk bas dengan mengunakan kotak
                                    Level 3: Mewarna dan membuat kenderaan darat bas dan lori menggunakan kotak