Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru Buat Guru-Guru dan Pendidik
Taska dan Tadika IQ Abrar

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru. :)





Kita Berbicara Tentang Inovasi

Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa

Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan
Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof

Tuesday, 14 May 2013

Perjumpaan Ibu bapa

Satu perjumpaan ibu bapa/ penjaga bersama guru-guru telah diadakan pada 11 Mei 2013 (Sabtu) . Perjumpaan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada ibu bapa yang meluangkan masa untuk mengetahui dan berbincang tentang perkembangan anak-anak di Tadika IQ Abrar.

Ibu bapa juga dibenarkan melawat kawasan-kawasan di sekitar Tadika IQ Abrar, antaranya kawasan bilik darjah, kawasan mini library, dan kantin. InsyaAllah kami akan melaksanakan penambahbaikan dari masa ke  masa.







Tema Kenderaan Darat

Tema: Kenderaan Darat
Aktiviti:
Level 1: Mengunting, mewarna dan menampal bas sekolah
                               Level 2: Mewarna dan membuat binaan bentuk bas dengan mengunakan kotak
                                    Level 3: Mewarna dan membuat kenderaan darat bas dan lori menggunakan kotak





Wednesday, 17 April 2013

Aktiviti Bersama Pelajar UMK

Assalamualaikum, selamat sejahtera :)

Alhamdulillah, pelajar Level 3 (6 Tahun) dipilih oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Terima kasih kepada pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan kerana sudi meluangkan masa dan melaksanakan aktiviti bersama pelajar enam tahun Tadika IQ Abrar.