Assalamualaikum, selamat sejahtera :)
Alhamdulillah, pelajar Level 3 (6 Tahun) dipilih oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Terima kasih kepada pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan kerana sudi meluangkan masa dan melaksanakan aktiviti bersama pelajar enam tahun Tadika IQ Abrar.
Wednesday, 17 April 2013
Tuesday, 12 March 2013
Saturday, 15 December 2012
Tip: Menghantar Isyarat Kasih Sayang (Bahagian 1)
Assalamualaikum buat ibu bapa yang disayangi Allah. Selamat sejahtera.
Antara elemen yang penting dalam membentuk, dan mendidik anak-anak adalah kasih sayang. Sejak dalam kandungan, amat penting untuk menyalurkan elemen kasih sayang kepada anak-anak. Kasih sayang terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya;
1. Kasih sayang kepada Allah dan Rasul
2. Kasih sayang kepada ibu bapa, dan keluarga
3. Kasih sayang kepada agama, dan ilmu
4. Kasih sayang kepada orang di sekeliling
Bentuk dan didiklah anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul sejak mereka berada dalam kandungan lagi. Bagaimana caranya? Amalkan bacaan al-Quran, alunkan zikir-zikir, perdengarkan selawat, dan bacalah kisah-kisah tentang Rasul. Jauhkan diri daripada meihat sesuatu yang tidak elok. Kawal percakapan, kawal pendengaran, dan kawallah perbuatan kita. Percayalah, pendidikan anak-anak bermula ketika mereka berada di dalam rahim lagi.
Antara surah yang boleh diamalkan ketika mengandung;
- Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan
- Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar & taat
- Surah Luqman - untuk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
- Surah Yusuf - untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlaknya
- Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati
- Surah Yaasin - untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
- Surah at-Taubah - untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat
- Surah an-Nahl - untuk melahir anak yang berdisiplin
sumber : Buku Amalan Ibu Mengandung Menurut al-Quran, as-Sunnah & Pengalaman
Hantarlah isyarat untuk anak-anak dalam kandungan untuk mencintai Allah dan Rasul. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. Jumpa lagi di bahagian 2 nanti. InsyaAllah :)
Monday, 3 December 2012
Tips: Mereka suka belajar
Assalamualaikum sahabat-sahabat ;)
Selalunya bukan mudah bukan nak minta anak-anak kecil belajar. Sekurang-kurangnya lebih susah daripada suruh mereka bermain permainan komputer, atau menonton televisyen. Kita dulu pun kadang-kadang ada sedikit liat bila di suruh belajar. Jadi macam mana nak buatkan mereka suka dan seronok untuk belajar?

1. Tempat
Sumber: Interior design ideas kids
* Sediakan tempat belajar yang selesa supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada apa yang dipelajari
* Elakkan gangguan bunyi, dan gangguan lain yang boleh menyebabkan terganggu tumpuan mereka.
* Kalau ada ruang khas untuk belajar itu lebih baik, ceriakan tempat belajar dengan hiasan ringkas.
Keterangan gambar: Tempat yang saya sediakan untuk anak-anak buah belajar.
Terutamanya untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ni. Ruang ini merupakan
tempat makan dapur ke-2 yang tidak digunakan. Belum sempat dicat. InsyaAllah
sebolehnya akan dicat dengan cat warna aqua . Segar sikit nak belajar.
Terutamanya untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ni. Ruang ini merupakan
tempat makan dapur ke-2 yang tidak digunakan. Belum sempat dicat. InsyaAllah
sebolehnya akan dicat dengan cat warna aqua . Segar sikit nak belajar.
2. Kelengkapan
* Sediakan kelengkapan asas yang secukupnya untuk memudahkan mereka belajar terutamanya alat tulis.
* Tak perlu mahal, tapi biarlah semuanya cukup dan sederhana.
* Sambil-sambil itu, bolehlah menerapkan nilai tanggungjawab menjaga barang sendiri.
3. Suasana
* Setiap hari, perlu kreatif untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan. Jadi tidaklah mereka rasa aktiviti belajar sesuatu yang terlalu rutin dan membosankan.
* Kadang-kadang saya akan buat kuiz dalam waktu mereka belajar. Setiap orang akan diberikan markah, dan dikumpulkan sehingga keputusan ujian@ peperiksaan dikeluarkan. Itu motivasi untuk mereka belajar lebih daripada orang lain.
* Ubah-ubah jadual. Contohnya kalau hari ini, bermula selepas Isyak dengan matapelajaran Sains, esoknya mulakan dengan matapelajaran Matematik pula.
* Kaitkan matapelajaran dengan persekitaran. Berceritalah kepada anak-anak dan kaitkan apa yang mereka sedang belajar, dengan alam sekeliling. Contohnya, sekarang ini ada 5 biji oren dan kita ada 10 orang, berapa potong oren yang diperolehi setiap orang. Buat aktiviti tersebut, dan kaitkan dengan tambah, tolak, darab, dan bahagi.
4. Sokongan
* Luangkan masa untuk bersama-sama mereka semasa mereka sedang belajar.
* Cuba untuk berada di sisi mereka ketika mereka memerlukan bantuan berkaitan sesuatu yang mereka tidak fahami.
* Sokongan kita memberikan mereka semangat untuk belajar dengan tekun dan penuh minat.
5. Galakan
(i) Galakkan minat belajar seawal usia 1 tahun
* Biarkan mereka membiasakan diri dengan pensil dan kertas. Biarpun sekadar contengan di kertas putih, itu adalah permulaan yang baik untuk mereka.
* Biasakan mereka dengan buku-buku, perkara biasa apabila mereka mengoyakkan buku dalam usia mereka. Beli buku yang murah. Lama kelamaan mereka akan faham, dan berdisiplin untuk menjaga buku mereka. (Practice make Perfect).
(ii) Sediakan kemudahan untuk menggalakkan mereka belajar
Walau apa pun usaha yang kita lakukan untuk membuatkan mereka seronok untuk belajar, selalulah ingatkan mereka bahawa " Usaha itu jauh lebih penting daripada hasilnya."
Janganlah kita bunuh kegembiraan zaman kanak-kanak mereka untuk memberikan kepuasan dan mendatangkan pujian kepada kita di atas kecemerlangan mereka.
Seimbangkanlah antara akademik, rohaniah, riadah, dan sosial anak-anak ini. InsyaAllah kecemerlangan akan datang dengan kegembiraan mereka.
Disediakan oleh:
Siti Nurhayati Binti Dollah. Artikel diambil daripada blog missyati.com.
Siti Nurhayati Binti Dollah. Artikel diambil daripada blog missyati.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























