Tuesday, 9 December 2014

Tip: 5 cara comel meningkatkan keyakinan diri anak-anak

Bahagian 1: Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-anak
Cara Pertama: 
Luahkan perasaan sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari


* Ucapkan "I Love U Very much* atau mama/papa/ abah/mama sayanggg sangat pada Muhamad Suhayl Hussain (Nama Penuh anak)
* Boleh juga diselitkan dengan kata-kata nasihat " Umi dengan abi sayang sangat kat Muhamad Suhayl Hussain, jadi Suhayl kena jadi anak yang soleh, jaga tingkah laku, jangan buat perkara yang tak baik, dan kena cakap elok-elok."

Monday, 8 December 2014

Orientasi 3 tahun ke 4 tahun

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bulan Disember ni kami dapat melaksanakan aktiviti orientasi  untuk menyesuaikan diri di tadika.

Saturday, 15 November 2014

Majlis Konvokesyen & Jamuan Akhir Tahun 2014

Alhamdulillah, dengan izin-Nya Majlis Konvokesyen & Jamuan Akhir Tahun 2014 dapat dijalankan. Musim hujan. Tapi Allah beri keizinan untuk kami semua berada dalam majlis, dan meneruskan sehingga selesai. Alhamdulillah. Terima kasih buat ibu bapa/ penjaga, guru-guru, pendidik, dan tetamu-tetamu kami. Buat Pengusaha/ Pengerusi Taska & Tadika IQ Abrar, terima kasih dan tahniah atas usaha dan tunjuk ajar memimpin kami, para guru dan pendidik. 

Tarikh: 15/11/2014 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi- 1 petang
Tempat: Di Tunjong Banquet, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Perasmi: Yang Berusaha Puan Pn Hjh Siti Norina Muhamad (Ketua Unit, Sektor Pendidikan Swasta)






Saturday, 18 October 2014

Hari Sukan Tadika IQ Abrar (2014)

Tarikh: 18/10/2014
Masa: 9.00 pagi- 12 tengah hari
Tempat: Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan

Alhamdulillah, hari Sukan tahun 2014 dapat kami laksanakan dengan kerjasama dan penglibatan ibu bapa/ penjaga dan tenaga pengajar serta pendidik Taska & Tadika IQ Abrar.