Monday 2 September 2013

Kisah Chihi



Di sebuah kampung,  tinggal seekor arnab bernama Chihi. Usianya baru sahaja mencecah 12 tahun.  Chihi merupakan seekor arnab yang pendiam. Ibu bapa Chihi sudah tiada lagi. Chihi tinggal bersama neneknya yang sudah tua. Rumahnya yang berada di tepi sungai agak jauh daripada jiran-jirannya yang lain menyebabkan Chihi tidak ramai kawan.  Sunyi sepi.


Apabila malam menjelma, Chihi menjadi semakin sunyi.  Chihi gemar berada di halaman rumahnya, sambil memerhati bulan, dan bintang.  Kesunyian dan kesepian Chihi sedikit terubat setiap kali memandang dan menikmati keindahan malam. Tetapi sampai bila? Fikir Chihi.

Chihi mencari hobi baru.  Chihi gemar melukis.  Pada waktu pagi,  dan petang,  Chihi akan mencari tempat-tempat indah di sekitar kampungnya untuk melukis pemandangan.  Kesunyian hati Chihi mula terisi,  ruang kosong hati mula dipenuhi.  Chihi gembira. Tetapi bila malam tiba,  Chihi kembali sepi. 


Chihi mempunyai dua kawan. Kawan Chihi bernama Cumi dan Coco. Mereka jarang dapat bermain bersama. Cumi dan Coco tinggal di bandar. Pada musim cuti sekolah barulah Cumi dan Coco datang melawat Chihi.


*Hak Cipta Terpelihara. Ditulis oleh: Siti Nurhayati Binti Dollah)
Taska Abrar & Tadika IQ Abrar.

No comments: