Friday, 10 January 2014

Gelagat Minggu Suai Kenal

Alhamdulillah, minggu orientasi @ minggu suai kenal Tadika IQ Abrar sudah pun selesai. Syukur, tahun ini antara tahun yang anak-anak baru kami mudah dipujuk. Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga di atas kepercayaan kepada kami. Doakan kejayaan, serta kecemerlangan anak-anak kita di dunia dan di akhirat.




Monday, 2 December 2013

Save the date for Tadika IQ Abrar registration day

Assalamualaikum ibu bapa/ penjaga yang dikasihi. 

Jom berjanji temu dengan kami untuk sessi pendaftaran sessi 2014 Tadika IQ Abrar. 



Sila bawa bersama dokumen yang berikut semasa sessi pendaftaran.



Salinan Sijil lahir@ mykid anak yang didaftarkan

 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/ penjaga

Salinan sijil lahir@my kid atau kad pengenalan tanggungan kepada ibu bapa/ penjaga pelajar.

Salinan slip gaji ibu bapa/ penjaga

 Sekeping gambar berukuran passport ibu bapa/ penjaga

Tiga (3) keping gambar berukuran passport pelajar yang didaftar

Monday, 2 September 2013

Kisah Chihi



Di sebuah kampung,  tinggal seekor arnab bernama Chihi. Usianya baru sahaja mencecah 12 tahun.  Chihi merupakan seekor arnab yang pendiam. Ibu bapa Chihi sudah tiada lagi. Chihi tinggal bersama neneknya yang sudah tua. Rumahnya yang berada di tepi sungai agak jauh daripada jiran-jirannya yang lain menyebabkan Chihi tidak ramai kawan.  Sunyi sepi.

Saturday, 31 August 2013

Penghayatan Kemerdekaan


Aktiviti semperna Penghayatan Kemerdekaan;

1) Menceritakan latar belakang dan sejarah kemerdekaan dengan cara mudah difahami dan menarik perhatian. (Dalam gambar di atas, Cikgu Bi sedang bercerita, anak-anak dengar dengan penuh minat dan khusyuk).



2) Mewarna tanjak hari kemerdekaan. Setelah selesai mewarna, pelajar dibantu oleh guru-guru untuk gunting, dan jadikan bentuk tanjak. ^_^


Anak merdeka alaf baru

siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAIN