Tuesday 9 December 2014

Tip: 5 cara comel meningkatkan keyakinan diri anak-anak

Bahagian 1: Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-anak
Cara Pertama: 
Luahkan perasaan sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari


* Ucapkan "I Love U Very much* atau mama/papa/ abah/mama sayanggg sangat pada Muhamad Suhayl Hussain (Nama Penuh anak)
* Boleh juga diselitkan dengan kata-kata nasihat " Umi dengan abi sayang sangat kat Muhamad Suhayl Hussain, jadi Suhayl kena jadi anak yang soleh, jaga tingkah laku, jangan buat perkara yang tak baik, dan kena cakap elok-elok."


Cara Kedua
Ambil berat tentang perasaan anak-anak


*Cuba untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan rasa kurang senang, malu, atau sedih kepada anak-anak
* Elakkan percakapan-percakapan yang anak-anak tidak selesa. Contohnya, menceritakan kejadian yang memalukan seperti jatuh, atau tersalah kasut kepada orang lain.
Cara Ketiga
Beritahu anak-anak bahawa melakukan kesilapan adalah perkara biasa. Akui kesilapan diri sendiri.



* Apabila anak-anak terlupa meletakkan baju atau kasutnya pada tempat sepatutnya, beritahu dia tidak mengapa terlupa sekali sekali. Terangkan pada dia supaya berhati-hati dan cuba untuk membiasakan diri dan membetulkan kesilapan.
Cara Keempat
Papan permainan tentang perkembangan anak-anak sejak lahir.


Bina satu papan permainan perkembangan anak-anak. Letakkan beberapa pencapaian dan perkembangan sejak bayi. Antara contoh yang boleh ditulis ialah " Kali pertama berjalan/" Kali pertama tumbuh gigi, dan langkahan bertamanya.  *anak-anak akan belajar untuk menghargi kemajuan dirinya, dan yakin untuk menonjolkan kemampuan diri.

Cara Kelima
Ketawa apabila anak-anak cuba menghiburkan dengan lawak-lawaknya walaupun tidak faham.



*Hargai usaha anak-anak untuk menghiburkan kita dengan cara memberi respon atau ketawa pada lawak yang cuba mereka sampaikan :)

Semoga dengan usaha kecil kita, dapat membentuk keyakinan tinggi anak-anak kita

No comments: