Saturday 1 December 2012

Tip: Mendidik Kanak-kanak



1. Komunikasi
Dalam banyak perkara,  komunikasi merupakan salah satu perkara yang sangat penting.  Jadi,  sangat perlu untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak.

Kenapa komunikasi penting?
(i) Mengetahui apa yang diperlukan oleh kanak-kanak
(ii) Memahami apa yang mengembirakan,  dan yang tidak mengembirkan kanak-kanak
(iii) Memudahkan penyampaian kehendak antara orang dewasa dan kanak-kanak.

Bagaimana untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak?
(i) Gunakan bahasa yang mudah dan dapat difahami oleh mereka
(ii) Beri kanak-kanak peluang untuk menyatakan pendapat,  dan apa yang mereka rasa
(ii) Selalu bertanya,  dan bercakap dengan kanak-kanak
(iv) Luangkan masa,  dan gunakan masa bersama kanak-kanak untuk mengetahui apa yang mahu disampaikan oleh kanak-kanak.


2. Positif
* Mendidik kanak-kanak memerlukan sikap yang positif,  pandangan yang positif,  dan kemahiran melihat kesalahan kanak-kanak dalam bentuk yang positif.
*  Tukarkan perkataan negatif ketika sedang marah kepada perkataaan yang positif, contohnya;
" Kenapa susah sangat nak belajar ni?  Kenapa jadi malas macam ni? Tak nak berjaya ke?"  ( negatif )
" Cikgu tahu Akiff rajin.  Jadi Akiff perlu sentiasa rajin.  InsyaAllah, orang yang rajin akan berjaya" ( positif)
* Perlu sentiasa positif walaupun usaha demi usaha untuk mendidik dan mendisiplin kanak-kanak kelihatan sangat sukar. Selalulah terus mencuba, cuba, dan cuba tanpa jemu.

3. Sabar
* Sifat sabar sangat penting ketika mendidik kanak-kanak.  Mereka masih tidak mengerti,  kadang-kala sukar untuk membuatkan mereka faham tentang sesuatu.  Jadi,  bersabarlah ketika proses memberikan penerangan kepada mereka.
* Ketika sedang penat,  dan marah,  cuba tenangkan diri terlebih dahulu.  Tinggalkan seketika tempat itu,  dan apabila sudah tenang dan rasional,  terangkan dan fahamkan kanak-kanak tentang sebab,  dan akibat yang mereka lakukan.
* Bersabarlah dalam mendidik kanak-kanak.  Tidak semestinya hari ini diajar,  mereka sudah boleh memahami.  Proses pembelajaran,  dan pendidikan kanak-kanak mengambil masa serta memerlukan kesabaran.

4. Mendengar
* Jadilah pendengar yang baik kepada kanak-kanak
* Dengari apa yang mereka rasa,  apa yang mereka perlukan,  dan apa yang mereka suka serta sebaliknya.
* Beri perhatian semasa kanak-kanak bercerita,  dan meluahkan perasaan.

5. Masa
* Bijak memilih,  dan menggunakan masa yang terluang bersama kanak-kanak.
* Ambil masa untuk bermain,  dan melakukan aktiviti dengan kanak-kanak.  Banyak yang boleh kita fahami dan belajar ketika bersama-sama mereka ketika bermain dan beraktiviti.
* Masa sebelum tidur merupakan masa yang sangat sesuai untuk membelai,  menasihati,  dan menitipkan kata-kata semangat kepada kanak-kanak.

Disediakan oleh:  
Siti Nurhayati Binti Dollah diambil daripada artikel asal di blog missyati.com

No comments: